Assalamualaikum, wm, wb,
Di ketika saya menulis ini, sehari sebelum 1 Syawal, anda mungkin sedang dalam perjalanan ke destinasi yang ditunggu2 iaitu kampung halaman,
atau anda mungkin sedang bertungkus-lumus menyiapkan persiapan yang terakhir seperti mengemas rumah, memasak rendang dan ketupat,
atau sedang shopping untuk melengkapkan hari lebaran iaitu pada hari esok , insyaAllah.
Apapun aktiviti anda, saya mengucapkan selamat dalam semua urusan anda. Berhati2 dengan segala macam kemungkinan. Dan sentiasa bersabar jika menghadapi kesusahan.
Sempena hari yang mulia dan berbahgia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf kan saya zahir dan bathin jika ada tersalah tersilap kepada kawan2 FB semua sepanjang kita berinteraksi secara maya ini, dan juga kepada kawan2 yang mengenali saya, keluarga dan sanak-saudara jauh dan dekat,baik sebelah keluarga saya atau sebelah isteri saya.
Main mercun di tepi perigi,
Dalam perigi ada ikan,
Maafkanlah diriku ini,
Sebelum mata ku dipejamkan.....
Sebagai hiburan kita di hari mulia ini dengarkanlah:
Akhir kata, masa sentiasa pergi meninggalkan kita, samada kita suka atau tidak, oleh itu penuhkanlah masa anda dengan kebaktian sesama insan dan beribadat kepada Tuhan.... Ikhlas dari saya : Abusyafie Mnoor Bandar Klang.
No comments:
Post a Comment