Friday, 17 August 2012

Ucapan Salam Aidilfitri dari saya...




Assalamualaikum, wm, wb,

       Di ketika saya menulis ini, sehari sebelum 1 Syawal, anda mungkin sedang dalam perjalanan ke destinasi yang ditunggu2 iaitu kampung halaman, 

atau anda mungkin sedang bertungkus-lumus menyiapkan persiapan yang terakhir seperti mengemas rumah, memasak rendang dan ketupat,
atau sedang shopping untuk melengkapkan hari lebaran iaitu pada hari esok , insyaAllah.

        Apapun aktiviti anda, saya mengucapkan selamat dalam semua urusan  anda. Berhati2 dengan segala macam kemungkinan. Dan sentiasa bersabar jika menghadapi kesusahan.

          Sempena hari yang mulia dan berbahgia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf kan saya zahir dan bathin jika ada tersalah tersilap kepada kawan2 FB semua sepanjang kita berinteraksi secara maya ini, dan juga kepada kawan2 yang mengenali saya, keluarga  dan sanak-saudara jauh dan dekat,baik sebelah keluarga saya atau sebelah isteri saya. 


       Main mercun di tepi perigi,
       Dalam perigi ada ikan,
         Maafkanlah diriku ini,
         Sebelum mata ku dipejamkan.....

            Sebagai hiburan kita di hari mulia ini dengarkanlah:



Akhir kata, masa sentiasa pergi meninggalkan kita,  samada kita suka atau tidak,  oleh itu penuhkanlah masa anda dengan kebaktian sesama insan dan beribadat kepada Tuhan....  Ikhlas dari saya :                            Abusyafie Mnoor                           Bandar Klang.

Thursday, 16 August 2012

UNTUK KITA RENUNGKAN....

kita mestilah telanjang
dan benar2 bersih
suci lahir dan di dalam bathin
tengoklah kedalam   sebelum bicara
singkirkan debu yang masih melekat....
singkirkan debu yang masih melekat...




terimakasih kawan kerana sudi hadir di sini...

Tuesday, 14 August 2012

Siapakah Yang Tak Pernah Menangis....

Siapa yang tak pernah menangis
di  hujung setiap  ketawa dan lupa....

Siapakah diantara kita 
yang memalingkan muka
ketika mendengar kalimah tuhan.....





Terimakasih kerana sudi mendengarkan....
terimakasih juga kepada

Allahyarham Zubir Ali dan Kumpulan Harmoni
love you forever....

Monday, 13 August 2012

Kembali Kepada Allah....

"Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa
Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan
Ketika harapan di rasakan tiada lagi....
Apakah masih ada jalan untuk kembali kepada Allah?.....
Dengarkan ...."



Terima kasih
Semoga saudara/i  mendapat sedikit ilmu yang bermenafaat
dari video ini...
salam mesra dari:
Abusyafie....

Friday, 3 August 2012

Kenapa Allah Cipta Syaitan?

          Mengapa Allah cipta syaitan?
       Kan senang kalau  syaitan tiada?
       Kita tak akan diganggu..
       Jadi, apa sebab Allah adakan syaitan....?







             Semoga anda semua mendapat sedikit ilmu
             yang bermenafaat hari ini....

            'abusyafie'